Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hyundai Stargazer dilancarkan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Hyundai Stargazer, MPV serba baharu telah memasuki pasaran Brunei dengan majlis pelancarannya diadakan hari ini oleh Setia Motors Sdn Bhd, di pusat servisnya di Lambak.

    Stargazer itu dilancarkan dengan dua spesifikasi berbeza iaitu spesifikasi tinggi dan spesifikasi premium.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun bersama Naib Presiden Ibu Pejabat Wilayah Hyundai, Jun Heo.

    Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus Besar Setia Motors, James Chin, Jun Heo, dan Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun dan penjelasan mengenai Stargazer telah disampaikan oleh Pengurus Jualan Setia Motors, Awang Fadhillah bin Sulaiman.
    Acara itu telah menyaksikan kehadiran kira-kira 80 tetamu yang berpeluang melihat lebih dekat Stargazer serba baharu itu.

    Ia merupakan MPV bersaiz sederhana enam atau tujuh penumpang yang menawarkan gabungan keselesaan dan kemudahan yang hebat untuk memenuhi keperluan awda.

    Hyundai Stargazer dikuasakan enjin Smartstream 1.5L dan sistem Transmisi Pembolehubah Pintar (IVT) lapan kelajuan, yang menghasilkan prestasi kukuh, responsif dan cekap. Ciri Mod Pandu membolehkan pemandu memilih gaya pemanduan terbaik untuk mereka.

    Ciri keselamatan Stargazer adalah bintang utama mengenai kereta itu. Ia dilengkapi dengan Hyundai smartsense yang terdiri daripada sistem mengelak pelanggaran hadapan, bantuan mengikut lorong, bantuan pancaran tinggi, bantuan menjaga lorong, bantuan pengelakan perlanggaran titik buta, bantuan pengelakan perlanggaran lalu lintas belakang, pemantau pandangan belakang dan sistem enam beg udara.

    TYT Kim Soung-eun dan James Chin melihat lebih dekat kereta MPV terba-haru Hyundai yang dilancarkan.
    Hyundai Stargazer yang dilancarkan oleh Setia Motors Sdn Bhd, malam tadi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda