Hyundai umum harga permulaan

NEW YORK, 16 Dis –Hyundai Motor mengumumkan harga permulaan bagi kesemua kenderaan serba guna kompak elektrik (CUV), Kona Electric kelmarin bagi pasaran Amerika Syarikat (AS).

Para pelanggan tidak lagi perlu membayar lebih daripada AS$30,000 bagi CUV selepas pengurangan sekitar AS$7,500 daripada cukai kredit, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Permotoran Hyundai Amerika, kelmari.

Sebagai kereta elektrik pertama Hyundai bagi pasaran AS, Kona Electric memiliki jarak sehingga 415km bagi setiap caj dan akan dibawa ke pasaran AS pada awal 2019 dari kilangnya di Ulsan, Korea Selatan.

Hyundai Motor telah menerima beberapa anugerah dari Australia, United Kingdom dan Sepanyol berkaitan Kona Electric, berdasarkan laporan media.

Kona Electric yang mampu dimiliki, menjadikannya sebagai tarikan tetapi penghasilan kapasiti bagi kenderaan elektrik (EV) dilihat dihadkan sehingga 4,000 setiap bulan.

AS merekodkan 1 juta Ev berada di atas jalanan pada September dalam perbandingan kepada 260 juta dari kenderaan purata kebangsaan.

Namun, jualan EV di AS mungkin terjejas ketika Presiden AS, Donald Trump berusaha untuk mengundurkan langkah insentif yang bertujuan untuk merangsang penempatan EV mesra alam sekitar.

Kini, pembayar cukai di negara itu boleh menuntut sehingga AS$7,500 AS cukai kredit dalam membeli sebuah EV, menurut undang-undang persekutuan yang termaktub pada 2010 di bawah pentadbiran Obama. – Xinhua

Gambar fail bertarikh 30 November lalu menunjukkan para pengunjung menyaksikan salah sebuah kenderaan keluaran Hyundai semasa Pameran Kereta 2018 diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat. – Xinhua