I Say Yatta! buka kiosk baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Restoran I Say Yatta! telah membuka cawangannya yang ketiga di negara ini dengan menempatkan kiosk di Pusat Membeli-belah Rimba Point.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, I Say Yatta! menawarkan lima menu pembukaan awal, mengetengahkan lima menu nasi kegemaran termasuk Samyang Tori Karaage, yang diperkenalkan semula dalam masa terhad.

Eksklusif di kiosk Rimba Point, pelanggan juga boleh mendapatkan minuman daripada tiga minuman utama Yatta! bersama nasi mereka, termasuk Brown Sugar Fury yang terkenal dengan bayaran tambahan istimewa.

Kiosk I Say Yatta! terbaharu yang terletak di Rimba Point. – Gambar serahan I Say Yatta!