Wednesday, November 6, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SOJC 2024: Young Tigers perlu pamer aksi membanggakan

    KUALA LUMPUR, 10 OKT – Ketua Jurulatih I Vikneswaran tidak mahu memberikan tekanan kepada skuad hoki remaja lelaki kebangsaan Malaysia pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor dari 19 hingga 26 Oktober.

    Bagaimanapun, beliau menggesa anak buahnya mempamerkan aksi bermaruah dan membanggakan pada edisi ke-12 kejohanan itu sebagai persediaan menghadapi Piala Remaja Asia 2024, November ini yang juga kelayakan ke Piala Dunia Remaja 2025.

    “Secara peribadi, mesti saya nak yang terbaik di SOJC 2024 tapi kita ambil satu langkah ke satu langkah. Kita perlu bermain secara terhormat dan membanggakan, namun tidak beri (tekanan yang tidak perlu) kepada pemain dan diri sendiri.

    “Sudah tentu tekanan sangat penting kerana disebabkan tekananlah kita berjaya, tetapi tekanan itu di bawah kawalan kita.

    “Sebagai contoh, tekanan pukulan sudut penalti adalah sesuatu yang kita boleh uruskan, tetapi tekanan yang tidak perlu adalah di luar kawalan kita,” katanya kepada pemberita selepas sidang media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

    Vikneswaran memaklumkan SOJC 2024 akan menjadi platform pertama anak buahnya yang memulakan latihan pusat pada awal September lepas.

    Selain itu, ini juga adalah perlawanan kompetitif pertama selepas hanya bermain dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.

    Beliau berkata lebih adil untuk menetapkan sasaran kepada anak buahnya pada Piala Remaja Asia 2024 berdasarkan prestasi yang ditunjukkan mereka dalam SOJC 2024. – Bernama

    I Vikneswaran ketika ditemu bual pengamal media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, kelmarin. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda