DORTMUND, Jerman, 5 Mac – Muricio Pochettino membuat rayuan kepada FA dan Liga Perdana untuk membantu kelab-kelab Inggeris yang beraksi dalam Liga Juara-Juara selepas mengadu mengenai masa pemulihan pasukan Tottenham Hotspur yang terhad sebelum menghadapi pasukan Borussia Dortmund.
Spurs menentang Dortmund di Jerman awal pagi Rabu ini dalam pusingan 16 pasukan terakhir, perlawanan timbal balik selepas menewaskan pasukan dari Jerman itu 3-0 dalam perlawanan pertama di Wembley.
Bagaimanapun, Pochettino, 47, jauh dari merasa gembira setelah kurang sehari untuk bersedia pusingan 16 di Signal Iduna Park, Dortmund.
Spurs mencatatkan keputusan seri 1-1 di gelanggang sendiri menentang Arsenal dalam aksi tetangga North London pada Sabtu lalu, sementara Dortmund tewas 2-1 di Augsburg pada malam Jumaat lalu dalam persaingan Bundesliga.
“Mereka beraksi pada Jumaat, kami beraksi pada hari Sabtu,” kata jurulatih Spurs, Pochettino.

“Ia tidak adil untuk beraksi dengan kekurangan yang besar.
“Kami memerlukan bantuan dari FA dan Liga Perdana, bagi kami ia adalah mustahil.
“Kami beraksi (dalam perlawanan Liga Perdana) pada Ahad sebelum perlawanan pertama, yang mana pada hari Rabu, apabila Dortmund beraksi pada hari Sabtu.
“Sekarang kami beraksi pada hari Sabtu, Dortmund beraksi pada hari Jumaat.
“Saya tidak tahu jika FA atau Liga Perdana dipersalahkan atau televisyen, yang mahu kami beraksi secara langsung pada Sabtu dan Ahad.”
Pochettino menunjukkan ke arah contoh Stade Rennes, yang membatalkan perlawanan liga Perancis pada hujung minggu bagi persediaan persaingan Liga Europa pada Khamis, perlawanan pusingan 16 di gelanggang sendiri menentang Arsenal.
“Lihat terhadap apa yang berlaku kepada Rennes, mereka membatalkan perlawanan hujung minggu bagi membuat persediaan menentang Arsenal,” kata Pochettino
“Saya mahu kami untuk memiliki masa persediaan yang sama seperti pasukan lawan kami.
“Kami perlu menukarnya pada masa depan untuk membantu kelab–kelab Inggeris lebih kuat dalam persaingan itu.” – AFP

































