Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    IAB anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 13 FEB – Seramai 40 orang termasuk pegawai dari Suruhanjaya Tinggi India memberi sokongan kepada kempen derma darah anjuran Suruhanjaya Tinggi India dan Persatuan India Belait (IAB) diadakan di Dewan IAB, Seria hari ini.

    Kempen sempena Sambutan Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam yang ke-38 dan lanjutan dari perayaan India digelar sebagai Azadi ka Amrit Mahotsa telah dianjurkan oleh IAB sejak beberapa tahun lalu sebagai salah satu komitmen kepada masyarakat setempat.

    Acara itu juga menyaksikan sokongan orang ramai yang datang menyertai kempen tersebut walaupun ketika negara mengalami gelombang ketiga COVID-19.

    Kempen derma darah yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tinggi India dan Persatuan India Belait.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...