Monday, November 4, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    IAB rai Hari Kemerdekaan India

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 17 Ogos – Masyarakat India di negara ini tidak ketinggalan meraikan Hari Kemerdekaan India ke-71 tahun 2017 yang diraikan setiap 15 Ogos seperti majlis sambutan yang dianjurkan oleh Persatuan India Belait (IAB), hari ini.

    Lebih 100 orang di kalangan ahli dan masyarakat India di sini menghadiri majlis sambutan berkenaan yang berlangsung Bangunan IAB, Seria.

    Manish Choudhary daripada Bahagian Penerangan IAB memberitahu, 15 Ogos merupakan tarikh keramat bagi seluruh masyarakat India kerana sejarah mereka mencapai kemerdekaan, di mana negara itu memperolehi kebebasannya dan menjadi negara bebas.

    Menurutnya lagi, lazimnya Hari Kemerdekaan India disambut dengan cukup meriah di India dan dijadikan sebagai cuti kebangsaan di seluruh India di mana ia diraikan dengan acara pengibaran bendera, perarakan, acara kebudayaan dan sebagainya.

    “Sebagai sebahagian daripada acara itu, siaran telekomunikasi hari kemerdekaan yang berlangsung di New Delhi juga ditayangkan bagi memperingati hari kemenangan itu,” katanya.

    Antara yang menghadiri Majlis Sambutan Sempena Hari Kemerdekaan India anjuran IAB diadakan di Bangunan IAB Seria.
    Antara yang menghadiri Majlis Sambutan Sempena Hari Kemerdekaan India anjuran IAB diadakan di Bangunan IAB Seria.

    Sebagai masyarakat India, katanya lagi, IAB juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari bersejarah itu dengan menyediakan beberapa acara seperti Kuiz Hari Kemerdekaan dan ramah mesra antara satu sama lain sertai mengadakan jamuan sebagai tanda kesyukuran.

    “IAB lazimnya menganjurkan acara meraikannya dengan mengetengahkan budaya kedua-dua negara iaitu India dan Negara Brunei Darussalam, seperti mengadakan Kempen Derma Darah, Pesta Makan Amal dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang berkemampuan di negara ini,” ujarnya.

    India telah mencapai kemerdekaannya pada 15 Ogos 1947 dan sebagai memperingatinya, ia diisytiharkan sebagai cuti awam di negara itu.

    Perjuangan untuk kemerdekaan India bermula pada tahun 1857 dan pada abad ke-20, Kongres Kebangsaan India dan organisasi politik lain, di bawah pimpinan Mahatma Gandhi, melancarkan perarakan kemerdekaan seluruh negara, kuasa penjajah telah dipindahkan ke India pada 15 Ogos 1947.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda