Oleh Daniel Lim
BELAIT, 2 MAC – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, Persatuan India Belait (IAB) telah menganjurkan kempen derma darah dengan kerjasama Hospital Suri Seri Begawan (SSB), baru-baru ini.
Kempen derma darah tersebut bukan sahaja disertai oleh warga India, malah turut disertai oleh masyarakat tempatan.
Semasa kempen tersebut, ahli jawatankuasa IAB sempat menyerahkan cenderahati kepada para penderma darah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menyertai usaha murni berkenaan.
Presiden IAB, Salimo mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang tampil menyokong acara berkenaan dan menekankan bahawa lebih banyak acara amal dan kebajikan sebegitu dalam rancangan untuk tahun ini.
Persatuan tersebut telah menganjurkan acara sedemikian setiap tahun selama 22 tahun, kecuali semasa pandemik.
Aktiviti pendermaan darah terakhir telah dianjurkan pada Februari tahun lepas, dan ia mewakili sebahagian daripada komitmen IAB kepada masyarakat setempat sebagai salah satu objektif yang telah ditetapkan bagi kebajikan sosial.
Memandangkan kempen itu diadakan dua kali setahun, IAB merancang untuk menganjurkan satu lagi kempen pada akhir tahun ini.
