IAB tidak ketinggalan anjur rumah terbuka

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 26 Julai –  Persatuan India Belait (IAB) turut tidak ketinggalan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya baru-baru ini, dengan lebih 100 kalangan masyarakat di sini menghadiri majlis yang berlangsung di Dewan Bangunan IAB.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap dan isteri. Turut hadir ialah Bendahari IAB, Loveline.

Majlis yang merupakan aktiviti tahunan masyarakat IAB itu bertujuan menjalinkan hubungan silaturahim sesama masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Gambar ramai IAB dengan para tetamu yang menghadiri majlis itu.
Gambar ramai IAB dengan para tetamu yang menghadiri majlis itu.