Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    IAC ke-74 tumpu kerjasama aeroangkasa antarabangsa

    BAKU, 3 Okt – Persidangan Astronautikal Antarabangsa (IAC) ke-74 membuka tirainya di Baku,  Azerbaijan kelmarin, disertai lebih 5,000 pakar dan sarjana dari lebih 100 negara.

    Pada upacara perasmian persidangan itu turut disiarkan video ucapan daripada tiga angkasawan China, iaitu Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao yang sedang bertugas di stesen angkasa Tiangong. 

    Mereka turut menunjukkan gambar Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, menemani bapanya Heydar Aliyev menyertai IAC ke-24 di Baku pada 1973 yang menerima respons luar biasa daripada peserta persidangan.

    llham Aliyev merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada angkasawan berkenaan. 

    Beliau berkata persidangan kali ini akan memajukan pembangunan aeroangkasa dunia, sekali gus memberikan sumbangan kepada usaha aeroangkasa, teknologi canggih dan pembangunan modeniasasi di Azerbaijan.

    IAC selama lima hari itu anjuran Persekutuan Astronautikal Antarabangsa (IAF) dan diselenggarakan oleh Lembaga Angkasa Azerbaijan. 

    Pada persidangan itu turut diadakan pameran dan China akan mengetengahkan kejayaan yang dicapai industri aeroangkasanya. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda