Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    IAEA mula kaji pelepasan air Fukushima

    TOKYO, 14 FEB – Pasukan petugas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memulakan misinya hari ini di Jepun untuk mengkaji semula rancangan kontroversi melepaskan air terawat dari loji nuklear Fukushima ke lautan.

    Lebih satu juta tan air diproses telah dikumpulkan dalam tangki-tangki di loji lumpuh itu sejak ia mengalami kecairan susulan bencana tsunami pada 2011 dan ruang penyimpanan semakin terbatas.

    Sistem penapisan dan pengepaman ekstensif telah menyingkirkan elemen-elemen radioaktif dan Jepun berkata rancangan untuk mencairkan dan melepaskan air selama beberapa dekad adalah selamat.

    IAEA telah menyokong pelepasan itu, yang katanya serupa dengan pembuangan air kumbahan di loji nuklear di tempat lain.

    Namun rancangan yang diadaptasi oleh kerajaan April lalu, yang dijangka untuk bermula sekitar Mac 2023, mencetuskan kemarahan dari negara-negara jiran berhubung alam sekitar dan kebimbangan keselamatan.

    Ia juga mencetuskan bangkangan kuat daripada komuniti nelayan tempatan yang bimbang air itu akan menjejaskan usaha bertahun-tahun untuk memulihkan keyakinan dalam makanan laut mereka.

    Pengendali loji TEPCO dan kerajaan Jepun berharap proses yang dipantau IAEA itu akan dapat merangsang keyakinan. – AFP

    Gustavo Caruso semasa bermesyuarat bersama para pegawai dari TEPCO di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...