LONDON, 19 MEI – Pemilik British Airways, IAG mengumumkan hari ini bahawa ia telah menempah 50 buah pesawat udara Boeing 737 MAX bernilai AS$6.25 bilion pada harga senarai.
Berita itu keluar di tengah pemulihan dalam sektor penerbangan global, yang terjejas oleh pandemik COVID, tetapi penganalisis meluahkan keraguan mengenai sama ada ia merupakan usul percaya untuk Boeing atau pun industri.
“Kumpulan Penerbangan Antarabangsa telah mencapai perjanjian dengan Boeing untuk menempah 25 pesawat 737-8200 dan 25 model 737-10, selain 100 opsyen lain,” kata IAG dalam satu kenyataan, menambah syarikat telah diberikan diskaun ‘besar’.
“Pesawat udara berkenaan akan diserah di antara 2023 dan 2027 dan boleh digunakan oleh mana-mana syarikat penerbangan dalam kumpu-lan berkenaan.” – AFP