Ibadah haji berbeza, simbolik di tengah-tengah pandemik

MEKAH, 29 JULAI – Jemaah haji, memakai penutup mulut dan hidung dan bergerak dalam kumpulan kecil selepas beberapa hari dikuarantin, mula tiba di tapak suci Islam, Mekah hari ini bagi permulaan musim haji bersejarah yang penuh unik dan dijalankan dalam skala lebih kecil kerana pandemik koronavirus.

Namun tahun ini, berbanding mengerjakan haji dalam keadaan padat, jemaah mengamalkan penjarakan sosial – berdiri jauh antara satu sama lain dan bergerak dalam kumpulan kecil merangkumi 20 orang jemaah bagi mengehadkan pendedahan dan potensi jangkitan koronavirus.

Untuk memulakan urusan haji, jemaah terlebih dulu pergi ke Miqat al Sail al Kabir (Wadi Muharram) untuk berihram dan memasang niat selepas mereka menamatkan tempoh kuarantin.

Jemaah yang sudah berihram kemudian bergerak ke Mekah untuk melaksanakan Tawaf Qudum sebelum bermalam di khemah di Mina bagi menyempurnakan Hari Tarwiyah (Hari menghilangkan dahaga) diikuti wukuf di Arafah pada hari berikutnya.

Haji merupakan ibadah yang secara lazimnya ditunaikan bersama ahli keluarga. Pada tahun-tahun sebelumnya, ia adalah pemandangan biasa melihat jemaah menolak kerusi roda atau memimpin ibu bapa mereka yang tua bagi mengerjakan ibadah haji.

Setiap tahun, perasaan perpaduan kira-kira 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia terdiri daripada sekta-sekta Syiah, Sunni dan lain-lainnya – bersembahyang, makan dan bertaubat bersama sudah lama menjadi tradisi haji yang menjadikan ia sesuatu yang mencabar namun dalam masa yang sama, pengalaman bermanfaat yang luar biasa.
Tahun ini, jemaaah haji makan makanan sudah pun tersedia dibungkus seorang diri dalam bilik hotel mereka, sembahyang jauh dari satu sama lain. Jemaah haji tahun ini ditaja oleh kerajaan Arab Saudi dalam perbelanjaan perjalanan, penginapan, makanan dan penjagaan kesihatan.
Mereka bagaimanapun diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung, mematuhi penjarakan sosial ketika wukuf, tawaf dan upacara keagamaan lain sepanjang lima hari di Mekah dan lokasi-lokasi lain.
Dalam pada itu, pekerja kesihatan melakukan sanitasi beg jemaah dan masing-masing diberi gelang elektronik bagi memboleh-kan pihak berkuasa menjejaki lokasi mereka.
Seluruh dan sekitar Kaabah di Masjidil Haram yang ditutup dengan kain kiswah dibersihkan dengan rapi, yang menjadi lokasi di mana umat Islam dari seluruh dunia berdoa.
Pihak berwajib pengurusan haji sudah menutup Kaabah tahun ini, menegaskan jemaah haji tidak akan dibenarkan menyentuhnya untuk membendung kemungkinan berlaku jangkitan.
Pihak berkuasa juga dilaporkan menyediakan banyak kemudahan kesihatan, klinik bergerak dan ambulans sebagai persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan koronavirus. – AP/Bernama
Jemaah haji bergerak dalam barisan yang ditetapkan sambil diawas rapi. – AFP