Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Dalam sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidiladha selain merebut ganjaran ibadah korban, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Bahagian Pembangunan Mualaf (Pengupayaan Mualaf) melalui Konsortium Muallafpreneurs telah mengadakan majlis agihan korban kepada mualaf daripada Persatuan Bulan Sabit Merah di Bangunan Darul Huda PDI, petang tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh yang seterusnya menyempurnakan pengagihan daging korban kepada para mualaf.
Antara tujuan ibadah korban itu diadakan adalah untuk memupuk sikap pemedulian dan prihatin terhadap masyarakat menerusi pengagihan daging-daging korban kepada yang berhak menerima khususnya golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan.