Ibra julang Milan benam Juve

MILAN, 8 JULAI – Juventus mensia-siakan peluang mereka untuk melonjak 10 mata di puncak Serie A ketika juara bertahan melepaskan dua gol awal mereka apabila tewas 4-2 kepada AC Milan, setelah kekalahan mengejut Lazio yang berada di tempat kedua di Lecce.

Pasukan Maurizio Sarri mendahului perlawanan menerusi dua gol dari Adrien Rabiot dan Cristiano Ronaldo pada awal separuh masa kedua perlawanan, tetapi Milan kembali bangkit dengan persembahan yang cemerlang ketika Ibrahimovic membantu pasukannya menjaringkan gol dan assist.

Jurulatih Milan, Stefano Pioli, yang dilaporkan akan dipecat pada akhir musim ini, menyaksikan pasukannya kembali mendapat harapan untuk kelayakan Eropah musim depan dengan melonjak naik ke atas Roma dan Napoli ke tangga kelima liga.

“Saya tidak memikirkan untuk 3 Ogos ini atau masa depan. Saya memikirkan perlawanan seterusnya,” kata Pioli.

“Ada beberapa saat yang sukar, tapi saya suka apa yang saya lakukan.”

Juve kekal berada di puncak liga untuk merangkul gelaran kesembilan berturut-turut mereka, dengan hanya ketinggalan tujuh mata di depan Lazio dengan hanya berbaki tujuh perlawanan sahaja lagi, tetapi dapat mengakhirinya lebih awal jika mereka meraih kemenangan itu semalam.

Kekalahan itu meleraikan kemenangan tujuh kali berturut-turut buat Juve di liga.
Juventus mendominasi pada separuh masa pertama tapi gagal menemukan jaringan. – AFP

Aksi Zlatan Ibrahimovic ketika mengawal bola semasa perlawanan Serie A antara AC Milan dan Juventus yang berlangsung semalam di Stadium San Siro, Milan. – AFP