Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibra penyelamat United

    MANCHESTER, United Kingdom, 16 Jan – Zlatan Ibrahimovic menyudahkan jaringan pada minit ke-84 menerusi tandukan ketika Manchester United menghalang musuh tradisi Liverpool dari menghuni tangga kedua dalam Liga Perdana dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 semalam.

    Paul Pogba dilihat menjadi pemain yang dipersalahkan di Old Trafford selepas memberikan sepakan penalti pada separuh masa pertama kerana handball, yang disudahkan oleh James Milner, yang mana Ibrahimovic berjaya menyamakan kedudukan.

    Jaringan ke-19 Ibrahimovic pada musim ini melanjutkan rekod tanpa kalah United kepada tujuh perlawanan, tetapi selepas memenangi enam perlawanan sebelumnya, momentum tersebut hilang.

    “Apabila anda tewas dan anda menjaringkan gol pada bahagian terakhir perlawanan, pasukan yang bolos merasa lebih teruk berbanding pasukan yang menjaringkan gol,” kata pengurus United, Jose Mourinho.

    “Tetapi pada akhirnya kami kehilangan mata kerana kami bermain bagi tiga mata. Mereka gembira dengan satu mata, jadi mereka pulang dengan gembira.”

    Aksi Ibrahimovic selepas menjaring gol bagi pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Liverpool di Stadium Old Trafford dengan kesudahan keputusan seri 1-1 awal pagi tadi. – AP
    Aksi Ibrahimovic selepas menjaring gol bagi pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Liverpool di Stadium Old Trafford dengan kesudahan keputusan seri 1-1 awal pagi tadi. – AP

    Pasukan kendalian Mourinho itu kekal di tangga keenam, empat mata dari kedudukan Liga Juara–Juara, sementara itu Liverpool melonjak satu anak tangga ke tangga ketiga, tujuh mata di belakang Chelsea dan mengekori Tottenham Hotspur dengan perbezaan jaringan.

    Selepas seri menentang Sunderland dan Plymouth Argyle dan kekalahan di Southampton, Liverpool melalui empat perlawanan tanpa kemenangan pada kalendar awal tahun buat kali pertama sejak 1993.

    Tetapi dengan United lima mata di bawah mereka, pasukan kendalian Jurgen Klopp masih lagi seperti juara.

    “Ramai orang sebelum perlawanan merasakan kami akan terjejas hari ini kerana United dilihat menganjur dan segalanya dalam laluan mereka,’ kata Klopp.

    “Kami tahu mengenai masalah dan kedudukan kami, jadi melihat persembahan seperti hari ini adalah menarik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda