Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibra selamatkan maruah Milan

    MILAN, 12 DIS – Zlatan Ibrahimovic berjaya menyelamatkan satu mata untuk AC Milan semalam dengan keputusan seri 1-1 menentang Udinese, sementara Juventus turut mencatat keputusan seri 1-1 menentang Venezia dan terlepas peluang dalam perlumbaan mengejar kedudukan Liga Juara-Juara.

    Ibrahimovic menjaringkan gol melalui sepakan akrobatik pada minit ke-92 untuk menyelamatkan satu mata buat The Rossoneri, namun Inter Milan, yang dua mata di belakang seteru rapat berada di tempat kedua, akan menamatkan minggu ini merampas kedudukan teratas sekiranya mereka berjaya menewaskan Cagliari di San Siro hari ini.

    Sementara Napoli mampu menyamakan kedudukan mata kepada 39 bersama Milan sebelum Inter memulakan perlawanan dengan kemenangan ke atas Empoli di Naples, dengan beberapa pemain utama termasuk Andre-Frank Zambo Anguissa dan Lorenzo Insigne kembali bersama skuad.

    Turut mengejar kedudukan adalah Atalanta, yang berada di tangga keempat dengan hanya lima mata mengejar Milan menjelang kunjungan ke Verona pada hari ini.

    Milan yang ketika ini dibelenggu dengan masalah kecederaan, di mana pemain pertahanan Simon Kjaer diketepikan untuk jangka masa panjang dan penyerang Olivier Giroud, Rafael Leao dan Ante Rebic kesemuanya turut tercedera, dan ia adalah satu lagi persembahan menghambarkan setelah disingkirkan dari Liga Juara-Juara oleh Liverpool pada pertengahan minggu.

    “Pemain-pemain tahu mereka tidak bermain dengan kemampuan sebenar mereka,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli. – AFP

    Aksi Ibrahimovic membuat percubaan semasa perlawanan antara AC Milan bertemu Udinese, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda