Ibra terima gaji paling tinggi

LOS ANGELES, 14 JUN – Zlatan Ibrahimovic muncul sebagai pemain Major League Soccer dengan bayaran tertinggi iaitu AS$7.2 juta setahun, menurut perangkaan yang dikeluarkan Persatuan Pemain-pemain MLS.

Bintang Sweden berusia 37 tahun itu yang menyertai Los Angeles Galaxy musim lalu menerima gaji lebih dua kali ganda daripada AS$3.5 juta yang dibayar kepada bekas rakan sepasukan Manchester United Wayne Rooney yang turut menyertai MLS pada 2018.

Rooney menerima AS$3.5 juta daripada kontraknya dengan DC United, menurut perangkaan MLSPA, yang memperincikan gaji dan pampasan untuk semua pemain MLS di bawah kontrak pada 1 Jun 2019.

Sejak tiba di Los Angeles Ibrahimovic menjaringkan 33 gol dalam 39 perlawanan dan membantu 19 jaringan.

Pemain dengan bayaran kedua tertinggi tahun lalu adalah bekas rakan sepasukan Ibrahimovic di Galaxy iaitu Giovani Dos Santos. Penyerang Itali itu menerima AS$6.5 juta. – AFP

Gambar fail pada 2 Jun 2019 menunjukkan reaksi Ibrahimovic selepas menjaringkan gol pada separuh kedua perlawanan di Carson, California. – AFP