Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ibrahimovic terlepas Liga Negara-Negara Sweden

    STOCKHOLM, 19 MEI – Legenda bola sepak Sweden, Zlatan Ibrahimovic akan terlepas perlawanan Liga Negara-Negara Sweden pada Jun nanti menentang Slovenia, Norway dan Serbia akibat kecederaan, menurut jurulatih Janne Andersson kelmarin.

    Ibrahimovic, 40, kembali menyertai pasukan kebangsaan Sweden pada Mac 2021 lalu selepas berehat selama lima tahun. Pada bulan Mac lalu, beliau berkata beliau mahu terus bermain bola sepak antarabangsa selama mungkin walaupun Sweden gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2022.

    Spekulasi juga semakin meningkat bahawa ini mungkin musim terakhirnya sebagai pemain kerana kecederaan yang semakin kerap dan jarang diturunkan lagi oleh kelab AC Milan.

    Masalah fizikalnya telah mendorong bahkan bekas bintang Itali, Francesco Totti, yang berusia 40 tahun dihalang daripada bermain. Hal itu turut mencadangkan bahawa pemain Sweden itu harus memahami kemampuan tubuhya sebelum memutuskan untuk kembali bermain.

    Ibrahimovic akan berusia 42 tahun menjelang perlawanan akhir kejohanan antarabangsa utama seterusnya yang boleh disertainya pada Euro 2024 di Jerman. – AFP

    Pemain AC Milan, Ibrahimovich terpaksa terlepas dari bermain Liga Negara-Negara Sweeden akibat kecederaan yang dialami. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...