Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    IBTE anjur hari terbuka 27, 28 Sept ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) akan mengadakan hari terbuka pada 27 dan 28 September ini di Teater Kuliah Sekolah Penerbangan, IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal dari pukul 8:30 pagi hingga 4 petang.

    Hari terbuka berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada pemohon dan orang ramai untuk mengetahui lebih dekat lagi mengenai program-program yang ditawarkan yang mana IBTE akan menawarkan sebanyak 13 program di peringkat Diploma, HNTec, NTec dan ISQ untuk pengambilan Februari 2023 di mana tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Oktober 2022.

    Antara tujuannya adalah untuk berinteraksi bersama tenaga pengajar dan pelajar IBTE bagi perkhidmatan nasihat.

    Selain itu, pendaftaran secara langsung turut dibukakan sepanjang acara berkenan.

    Semua pengunjung dikehendaki untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

    Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (SICT), Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat (SEEC), Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan (SoHT) dan Akademi Maritim Brunei (BMA).

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...