IBTE-JBC beri semangat kepada petugas barisan hadapan

Oleh Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Institut Pendidikan Teknikal Brunei Kampus Jefri Bolkiah (IBTE-JBC) baru-baru ini menghulurkan sumbangan buat petugas barisan hadapan sempena Ramadan mubarak ini.

Sumbangan disampaikan oleh wakil IBTE-JBC, Hajah Salenawati binti Haji Mohd Saji dan warga kampus tersebut kepada wakil Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Awang Mohammad Danil bin Haji Othman.

Aktiviti berkebajikan itu merupakan salah satu amalan dalam bulan Ramadan bagi menggalakkan warga kampus bersedekah dan melakukan kebajikan serta membantu petugas barisan hadapan, sekali gus menyokong Kementerian Kesihatan dalam usahanya menghapuskan pandemik COVID-19, melalui sumbangan berbentuk makanan.

IBTE-JBC berharap amalan sedekah itu akan terus diamalkan warganya bukan sahaja dalam Ramadan, malah pada setiap masa.

Penyampaian sumbangan makanan oleh wakil IBTE-JBC kepada wakil Hospital PMMPMHAMB. – Gambar serahan IBTE-JBC