Thursday, October 10, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    IBTE serikan malam Jubli Emas

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 8 Okt – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah (JBC) dan Kampus Sultan Bolkiah (SBC) turut menyerikan Persembahan Malam Keagamaan sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dengan mengadakan Pertandingan Nasyid.

    Pertandingan yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja IBTE JBC dan SBC itu dibukakan bagi para pelajar IBTE berkenaan.

    Lima pasukan dua pasukan pelajar lelaki dan perempuan mewakili Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Satelit dan Sekolah ICT di JBC dan tiga pasukan pelajar lelaki mewakili Sekolah Satelit Tenaga dan Kejuruteraan, Sekolah ICT dan Sekolah Perniagaan SBC menyertai pertandingan berkenaan dengan mempertandingkan lagu-lagu nasyid bukan sahaja dalam Bahasa Melayu tetapi juga dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

    Persembahan nasyid daripada tenaga pengajar IBTE Kampus Jefri Bolkiah sebagai menyerikan lagi Majlis Pertandingan Nasyid pada Persembahan Malam Keagamaan di Kuala Belait.
    Antara peserta Pertandingan Nasyid pada Persembahan Malam Keagamaan sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik) IBTE, Awang Burhan bin Haji Jais. Turut hadir ialah pengetua-pengetua IBTE, ketua-ketua sekolah IBTE serta tenaga pengajar kampus tersebut.

    Menyerikan lagi majlis pertandingan itu, beberapa persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar dan tenaga pengajar IBTE JBC turut diadakan, termasuk persembahan tausyeh daripada Pasukan An-Naghom, tazkirah dan zikir oleh Awang Abdus Salam bin Haji Ali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda