Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ibu Atta Halilintar bocor nama sebenar ‘Baby A’

    Ramai yang menanti untuk melihat wajah anak sulung pasangan Atta Halilintar dan Aurel Hermanysah serta nama sebenar di sebalik panggilan Baby A.

    Belum sempat mereka membuat pengumuman, ibu Atta sendiri seakan telah memberi bayangan nama bayi tersebut.

    “Telah lahir cucu sulung kami dari anak sulung kami Atta dan Aurel. Nur Attamimi = Cahaya yang sempurna,” tulis ibu Atta iaitu Geni Faruk di laman sosial Instagram miliknya.

    Sebelum ini, ibu Aurel iaitu penyanyi Krisdayanti turut memberi ungkapan sebegitu.

    “Cahaya sempurna bagi keluarga,” tulis Krisdayanti saat berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cucunya.

    Sementara itu Atta dilihat masih belum menunjukkan wajah anaknya yang lahir pada 22 Februari. – Agensi

    Ramai yang menanti untuk melihat wajah anak sulung pasangan Atta Halilintar dan Aurel Hermanysah serta nama sebenar di sebalik panggilan Baby A. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...