Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ibu bapa, anak lemas dihanyutkan ombak

    BREST, PERANCIS, 20 MEI – Ibu bapa dan anak mereka maut selepas ombak kuat menghanyutkan mereka ke laut ketika mereka sedang memancing ikan di tambak di Brittany, kata pihak berkuasa hari ini.

    Bapa berusia 55 tahun dan ibu berusia 33 tahun ditarik keluar ke laut awal petang semalam di bandar barat Plogoff kerana mengalami serangan jantung dan anggota menyelamat gagal menyelamatkan mereka.

    Mayat budak berusia 12 tahun ditemui lewat petang kelmarin.

    Tiga anak lain keluarga itu, berusia 13 hingga 15 tahun, tidak berada di daik dan terselamat daripada ombak kuat yang datang mengejut namun mereka masih terkejut dan sedang menerima rawatan oleh perkhidmatan psikologi. Terdapat ombak kuat pada masa itu tetapi keadaan laut tidak bergelora, kata jurucakap pegawai maritim.

    Saksi segera menghubungi anggota menyelamat yang menghantar paramedik dan tiga helikopter untuk mencari mangsa, yang tinggal di bandar berdekatan Audierne. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...