Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Ibu bapa Ayu Ting Ting tarik balik laporan polis

Selepas hampir setahun, akhirnya ibu bapa kepada selebriti Indonesia Ayu Ting Ting mengambil keputusan untuk menarik semula laporan polis terhadap warganet yang mencemarkan nama baik anak mereka.

Memetik laporan Liputan6, peguam yang mewakili keluarga Ayu iaitu Sandy Arifin hadir bersama penyanyi itu ke balai polis untuk menguruskan perkara tersebut pada baru-baru ini.

Keputusan itu dibuat selepas berbincang dan kedua-dua belah pihak bersepakat untuk menyelesaikan secara baik memandangkan Ramadan bakal tiba.

“Dua hari lalu, saya bersama Ayu ke balai untuk proses menarik semula laporan kerana kami sudah berbincang dengan cara baik.

“Setelah melalui perbincangan, kami sepakat untuk selesaikan masalah ini secara baik memandangkan sudah nak masuk bulan Ramadan,” katanya. – Agensi

Ayu bersama peguamnya sudah menarik laporan terhadap seorang warganet pada dua hari lalu. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -