Ibu bapa boleh pilih untuk tidak hantar anak ke sekolah

PUTRAJAYA, 12 SEPT – Ibu bapa atau penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbangkan ancaman COVID-19 apabila sesi persekolahan bersemuka dibuka semula secara berperingkat bermula 3 Oktober ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk, Dr Radzi Jidin berkata ketidakhadiran pelajar tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin dan tiada surat amaran akan dikeluarkan kepada pelajar.

“Namun ibu bapa diminta untuk menulis surat bagi memaklumkan ketidakhadiran anak mereka ke sekolah,” katanya pada sidang media pengoperasian sekolah di sini, hari ini. – Bernama