Ibu bapa di China jauhkan diri dari impian Piala Dunia

BEIJING – Angan-angan Beijing untuk menjadikan China sebagai kuasa besar bola sepak adalah bergantung kepada berjuta-juta kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sukan itu, dimana jurulatih mengatakan ibu bapa sering berfikiran bahawa permainan tersebut adalah membazir dan memberi gangguan kepada anak-anak mereka untuk ke sekolah.

Presiden China Xi Jinping, seorang peminat sukan bola sepak, telah mengisytiharkan tiga matlamat untuk negara itu: iaitu untuk menjadi tuan rumah, layak dan memenangi Piala Dunia.

Tetapi pasukan negara mereka menduduki tempat ke-83 di dunia oleh FIFA – hanya berada di bawah negara pulau Caribbean, Antigua dan Barbuda, yang mempunyai penduduk 86,295 – dan berada tercorot dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia yang akan datang, walaupun dengan pengambilan jurulatih Itali Marcello Lippi baru-baru ini.

Gergasi Asia itu telah membuat program bola sepak belia bagi meningkatkan keutamaan negara, dengan pelan rasmi negara menjanjikan 20,000 akademi dan 30 juta pelajar sekolah rendah dan menengah untuk bermain sukan itu dalam tempoh empat tahun.

Matlamatnya adalah untuk menjadikan China antara pasukan terbaik di dunia pada tahun 2050, dokumen tersebut mengatakan, dan membawa keinginan untuk menjadi gergasi dalam kuasa sukan.

Sekumpulan kanak-kanak lelaki mengadakan sesi latihan di sebuah kelab bola sepak di Beijing. – AFP
Sekumpulan kanak-kanak lelaki mengadakan sesi latihan di sebuah kelab bola sepak di Beijing. – AFP
Para pemain bergambar ramai selepas sesi latihan di sebuah kelab bola sepak di Beijing. – AFP
Para pemain bergambar ramai selepas sesi latihan di sebuah kelab bola sepak di Beijing. – AFP

Tetapi ia telah menghadapi halangan sosial yang curam, dengan jurulatih berkata bahawa sikap tipikal warga terhadap pendidikan dan tanggungjawab kepada anak-anak mereka untuk menolong ibu bapa mereka ketika persaraan mereka membuat ia sukar untuk mendapatkan latihan.

“Cabaran besar adalah bahawa pemikiran umum di mana bola sepak adalah satu gangguan kepada pendidikan mereka,” kata Tom Byer, seorang perunding bola sepak yang berpangkalan di Jepun yang ditugaskan oleh Kementerian Pendidikan China bagi mereka bentuk program rintis untuk kanak-kanak.

“Jika anda mempunyai keluarga yang hanya mempunyai seorang anak yang kurang berpengetahuan. Jika anda berfikir tentang masa depan anak anda, adakah anda meletakkan penekanan kepada sukan … atau adakah anda mendidik anak anda untuk menjadi ahli akademik yang lebih baik? “

Untuk meredakan kebimbangan, Byer memberitahu kepada ibu bapa di China bahawa kajian menunjukkan mana-mana kanak-kanak yang aktif secara fizikalnya akan melakukan lebih baik dalam bidang akademik.

Tetapi ibu bapa yang bertanyakan melalui online bahawa jika anak mereka bermain bola sepak, adakah dianggap ‘tidak bertanggungjawab’.

Hanya sebagai hobi’

Pada sesi latihan kelab bola sepak kanak-kanak di Beijing, ibu bapa memuji sukan itu kerana memberikanb kanak-kanak berusia tujuh pengalaman untuk mengatasi cabaran dan kekalahan, tetapi menyatakan bahawa mereka sangat berhati-hati untuk membiarkan mereka bermain sukan itu kerana dianggap mengganggu pelajaran.

Song Feng, 41, berkata bola sepak adalah “hanya hobi dan satu senaman” untuk anak lelaki beliau yang berusia 11 tahun itu, dan menyatakan bahawa pendidikan sentiasa didahulukan “kerana sistem pendidikan China itu ke arah itu sekarang”.

Gao Fei, ayah bagi kanak-kanak lain, berkata bahawa beliau “tidak akan membiarkan dia menjadi seorang pemain bola sepak kerana keadaan bola sepak profesional China adalah tidak baik”.

Media China cuba mengkaji keadaan itu untuk meyakinkan mereka.

Sebuah artikel di portal internet Sohu dipetik sebagai berkata dari seorang ahli falsafah Perancis, Albert Camus dan ahli fizik Denmark, Niels Bohr, di mana kedua-duanya telah bermain dalam pasukan kelab, dan menjadi sebagai bukti bahawa sukan dan kegiatan akademik adalah serasi.

“Bermain bola sepak bermakna ketinggalan dalam pelajaran? Guru-guru dan ibu bapa bangunlah, jangan buang masa depan anak anda!” katanya.

Walaupun rancangan Beijing untuk melihat lebih banyak sukan bola sepak dimainkan di sekolah, sistem pendidikan China masih sangat kompetitif, di mana peperiksaan Gaokao adalah sangat penting bagi tamat pengajian, yang akan menentukan penempatan universiti dan peluang kerjaya yang banyak.

Sekumpulan kanak-kanak lelaki semasa sesi latihan di sebuah kelab bola sepak di Beijing. – AFP
Sekumpulan kanak-kanak lelaki semasa sesi latihan di sebuah kelab bola sepak di Beijing. – AFP

Itu akan menjadikan ianya sukar untuk merangsang kegilaan masa kini untuk bola sepak, apabila struktur tersebut “meninggalkan ruang atau masa yang sangat sedikit untuk sukan”, kata Mary Gallagher, profesor sains politik di Universiti Michigan. “Adakah ibu bapa mengambil risiko pada Gaokao bagi peluang untuk bermain bola sepak setiap hari?”

Negara yang paling ramai penduduk di dunia mempunyai 25 kali lebih ramai daripada England, tetapi jauh ketinggalan di belakang bagi 37,000 kelab-kelab bola sepak mereka, kata Rowan Simons, seorang pengarang bola sepak dan pengasas kelab bola sepak swasta di ibu negara.

Permainan yang panjang

Tanpa adanya akar umbi pasukan dan kerja keras pemain, beliau berkata, “Ia tidak relevan berapa banyak wang yang kerajaan letakkan ke dalamnya — Bola sepak tidak boleh berkembang kecuali orang menyukainya”

Satu cabaran untuk membangunkan pemain adalah kaedah latihan tradisional China, kata Mark Dreyer dalam Sports Insider China, di mana jurulatih “masih menjadi sarjan tentera di mana berteriak terhadap arahan yang diberikan dan meminta mereka untuk melakukan latihan secara berulang-ulang. Adakah kanak-kanak menyukai itu?”

Di negara-negara lain, beliau berkata, “mereka bermain bola sepak dengan senyuman di wajah mereka.”

Kelab Liga Super China telah dilimpahi dengan jumlah wang yang besar ke atas jurulatih dan pemain asing, kebanyakannya dari Amerika Latin, di mana Byer berkata kanak-kanak belajar kemahiran asas dalam pengendalian bola pada usia yang sangat awal.

Negara-negara yang mahu mencontohi kejayaan Brazil perlu memastikan bahawa bola sepak adalah aktiviti di rumah dan juga di sekolah, katanya.

“Ia akan mengambil masa beberapa dekad,” katanya. “Apabila anda berhadapan dengan pembangunan belia, kita tidak akan tahu jika kita akan meraih manfaatnya selama 10 tahun.”

Soalnya ialah sama ada usaha berterusan kerajaan China dalam bola sepak boleh bertahan lama. Di mana Presiden Xi adalah peminat kepada sukan bola sepak, beliau dijangka meletak jawatan pada 2022 dan penggantinya mungkin mempunyai keutamaan berbeza sama sekali.

“Bolehkah mereka tetap dengan usaha ini? Ia mungkin,” kata Dreyer. “Tetapi dalam lima, 10 tahun, siapa tahu? Jika Xi Jinping tiada lagi, dan pasukan lelaki seterusnya tidak menyukai bola sepak, maka bermungkinan akan tertumpu pada permainan bola keranjang dan Yao Ming akan mengetuainya.” – AFP