Sunday, November 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu bapa disaran bawa anak bervaksin

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Dengan tinggal beberapa hari lagi kanak-kanak akan mula bersekolah iaitu pada 14 Mei ini, dari itu, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menyarankan ibu bapa agar mempertimbangkan membawa anak mereka untuk bervaksin.

    Walaupun seperti yang diumumkan sebelum ini, vaksin bukan menjadi pasport bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menghadirkan diri ke sekolah, namun katanya, vaksin adalah satu usaha untuk melindungi kanak-kanak.

    “Vaksin adalah satu usaha yang dapat mengurangkan gejala yang berat jika dijangkiti terutama bagi kanak-kanak lima hingga 11 tahun kerana sindrom keradangan multisistem yang boleh memberi inflamasi kepada beberapa organ jika dijangkiti yang mana seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini, lapan orang kanak-kanak telah mengalami masalah tersebut.

    Yang Berhormat Dato semasa menjawab persoalan media pada sidang media harian di Kementerian Kesihatan, mengenai sebilangan ibu bapa yang belum bersedia untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah setelah melihat jumlah peratus vaksin kanak-kanak, turut menekankan bahawa pengambilan vaksin untuk kanak-kanak dibuat secara sukarela tapi ibu bapa dinasihatkan untuk membenarkan anak-anak mereka mendapatkan vaksin.

    Setakat ini, jumlah kanak-kanak yang mendapatkan dos pertama vaksin adalah sebanyak 64.5 peratus dan dos kedua sebanyak 14 peratus, dan ini menunjukkan ramai ibu bapa
    sangat peka terhadap keadaan dan keperluannya untuk menjaga kesihatan anak masing-masing.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda