Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ibu bapa disaran untuk menilai risiko tiada bervaksin

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak perlu mengetahui dan memahami risiko-risiko yang bakal dihadapi jika tiada bervaksin mahu pun setelah bervaksin.

    Walaupun COVID pada umumnya didapati setakat ini jangkitannya pada golongan kanak-kanak adalah ringan tetapi suatu yang tidak dapat dinafikan ia juga berlaku kematian yang mana menurut hasil dapatan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati sebanyak 0.03 peratus secara keseluruhannya.

    Hal ini merujuk kepada golongan kanak-kanak yang tidak bervaksin di mana tiga orang dalam 10,000 orang kanak-kanak dianggarkan bakal berdepan dengan kesan yang teruk daripada jangkitan COVID sehingga membawa kepada kematian.

    Perkara berkenaan ditekan-kan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar kepada orang ramai di negara ini khususnya para ibu bapa atau penjaga yang masih ragu-ragu tentang keselamatan vaksin ke atas kanak-kanak mereka ketika sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Oleh yang demikian, Yang Berhormat Dato turut menyaran-kan agar ibu bapa atau penjaga dapat menilai dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan anak-anak mereka.

    Ibu bapa disarankan untuk menilai risiko tiada bervaksin ataupun setelah bervaksin bagi kanak-kanak demi kesejahteraan mereka.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...