Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ibu bapa perlu kuasai kemahiran komunikasi di era globalisasi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Cabaran globalisasi sekarang adalah sangat kuat terutama sekali bagi ibu bapa, yang merupakan model dan teladan untuk anak-anak mereka.

    Justeru itu, kemahiran komunikasi adalah sangat perlu dikuasai oleh ibu bapa kerana perubahan era menjadikan penjagaan dan komunikasi bersama anak menjadi lebih mencabar.

    Perkara itu ditekankan oleh Inspektor Pengiran Mohd Norhasni bin Pengiran Haji Omar dalam ucapannya selaku wakil peserta lelaki Bengkel Kemahiran Keibubapaan Islam pada majlis penutup bengkel dua hari berkenaan, hari ini.

    Mengulas mengenai bengkel itu, beliau berkata bahawa modul-modul yang disampaikan dalam bengkel tersebut adalah sangat menarik terutama sekali apabila membincangkan mengenai cabaran dalam mendidik anak.

    Sementara itu, Hajah Rozailah binti Haji Abdul Rahman dari Kementerian Kesihatan selaku wakil peserta wanita mengongsikan bahawa bengkel tersebut merupakan bukti bahawa terdapatnya keperluan dalam kalangan masyarakat untuk dibukakan kursus keibubapaan dalam konteks Islam.

    Dr Haji Adanan menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta bengkel dua hari itu.

    Bengkel yang diadakan memberi kesedaran mengenai hak-hak dan tanggungjawab ibu, bapa dan anak, tambahnya.

    Seramai 90 orang pegawai dan kakitangan kerajaan serta dari agensi swasta dan orang persendirian mengikuti bengkel anjuran Pusat Pengajian Fiqh Al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) itu.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sijil kepada para peserta pada majlis penutup yang berlangsung di dewan KUPU SB itu ialah Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Majlis diserikan dengan dakwah raes yang disampaikan oleh Dr Haji Adanan yang menjelaskan bahawa untuk membentuk sebuah institusi keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah adalah dengan memahami beberapa perkara termasuk mengetahui hak anak iaitu mempunyai ayah dan ibu yang soleh kerana akhlak anak terbentuk daripada akhlak ibu bapa.

    Selain itu, dengan mengamalkan perbuatan sunnah dalam keluarga seperti membaca doa sebelum masuk rumah dan memberi salam kepada ahli keluarga, boleh mengelakkan daripada gangguan dan hasutan syaitan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...