Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Ibu berani lawan harimau demi selamatkan anak

    NEW DELHI, 7 SEPT – Seorang ibu di India sanggup menentang seekor harimau dengan tangan kosong demi menyelamatkan anak damitnya, menurut pegawai hari ini.

    Archana Choudhary keluar dari rumahnya di wilayah tengah Madhya Pradesh pada Ahad malam ketika anak damitnya yang berusia 15 bulan ingin membuang air.

    Seekor harimau dipercayai tersesat daripada Pusat Perlindungan Harimau Bangdavgarh menerkam mereka, menurut pegawai setempat, Sanjeeb Sharivastava kepada AFP.

    Harimau itu menyerang dan cuba menerkam kepala anak damit itu namun ibunya segera melompat untuk menyelamatkannya.

    Haiwan liar itu cuba merampas anak damit itu namun penduduk kampung terdengar bunyi jeritan dan bergegas menyelamatkan mangsa.

    Harimau itu kemudian lari ke dalam hutan.

    “Si ibu telah dikejarkan ke hospital. Dia berada dalam keadaan selamat dan sedang menjalani pemulihan. Anak damit itu juga berada dalam keadaan baik,” kata Shrivastava.

    Akhbar Times of India menyatakan bahawa operasi mencari sedang dijalankan untuk memburu harimau tersebut kembali ke kawasannya dan penduduk kampung diarah untuk berada di rumah pada waktu malam.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...