Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Ibu dipercayai lemaskan 3 anak di pantai

    NEW YORK, 13 SEPT – Tiga kanak-kanak maut selepas ditemui tidak sedarkan diri di pantai New York City awal Isnin, dengan polis percaya mangsa mungkin dilemaskan ibu mereka.

    Tiga mangsa itu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, selain dua perempuan berusia empat tahun dan tiga bulan.

    Ketua Jabatan, Kenneth Corey berkata tiga kanak-kanak itu dijumpai di pantai Pulau Coney Brooklyn jam 4:30 pagi sebelum mereka dikejarkan ke hospital berdekatan, namun disahkan meninggal dunia di sana.

    Katanya, ibu kanak-kanak terbabit, 30, ditahan kira-kira 3.2 kilometer (km) dari situ dan kini disoal siasat di balai polis tempatan.

    Corey ketika sidang akhbar berhampiran lokasi kanak-kanak terbabit ditemui, berkata polis terdahulu menerima panggilan kira-kira jam 1:40 pagi daripada ahli keluarga yang mengakui bimbang dengan keadaan ibu mangsa yang mungkin mencederakan tiga anaknya yang masih kecil.

    Pegawai polis kemudian bergegas ke bangunan pangsapuri wanita itu di kawasan kejiranan Coney Island, di mana seorang lelaki dikenali sebagai bapa kepada salah seorang kanak-kanak ter-babit turut menyatakan kerisauan mengenai perkara sama.

    Pegawai kemudian memeriksa kawasan itu dan menemui wanita terbabit kira-kira 90 minit kemudian dalam keadaan berkaki ayam dan basah kuyup. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...