Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ibu, dua anak maut dalam tanah runtuh Venezuela

    CARACAS, 27 OKT – Seorang ibu dan dua anaknya terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Venezuela, kata seorang pegawai, ketika hujan berterusan mengakibatkan bencana yang melanda ribuan orang di seluruh negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Kematian itu menambah jumlah korban negara itu lebih 70, termasuk 54 terbunuh dalam tanah runtuh di bandar Las Tejerias di negeri Aragua.

    “Di negeri La Guaira, tanah runtuh berlaku di atas sebuah rumah yang menyebabkan runtuhan dan kehilangan nyawa seorang gadis, lelaki dan ibu mereka,” kata menteri dalam negeri Remigio Ceballos kepada TV kerajaan kelmarin.

    Hujan juga menyebabkan kebakaran apabila petir menyambar tangki bahan api di kompleks penapisan utama El Palito di negeri utara Carabobo. Namun, api telah “dikawal tanpa insiden.”

    Jalan-jalan di beberapa negeri utara dan pantai Venezuela dinaiki air akibat limpahan sungai, dan tanah runtuh telah menghalang lebuh raya.

    Selepas tanah runtuh membunuh tiga orang di bandar Maracay bulan ini, Presiden Nicolas Maduro berkata “semua ini disebabkan perubahan iklim.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...