HONG KONG, 4 September 2002 – Dua adik-beradik Hong Kong ketinggalan permulaan tahun persekolahan baru selepas ibu mereka menjudikan wang yang diperuntukkan untuk membayar pakaian seragam dan buku, demikian menurut laporan berita yang disiarkan.
Ibu berusia 49 tahun itu diberikan lebih daripada AS$1,000 dalam faedah kebajikan untuk membeli buku teks dan pakaian seragam untuk anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, lapor akhbar South China Morning Post. Dia menelefon sekolah anaknya di Daerah Tai Po, Hong Kong, para hari pertama tahun akademik baru dengan berkata anak lelakinya tidak dapat hadir ke sekolah kerana mereka tidak mempunyai pakaian seragam atau buku.