Monday, November 11, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu negara dipenuhi ribuan peserta tunjuk solidariti Palestin

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Ribuan peserta menunjukkan semangat perpaduan dan sokongan kepada usaha mengumpul dana bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin, dengan mengambil bahagian dalam acara Steps for Solidarity : A Fundraising Walk for the Palestinian Humanitarian Fund yang berlangsung BIBD Connects, Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Inisiatif yang diusahakan oleh sekumpulan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs), organisasi dan perniagaan usahawan-impak sosial serta pertubuhan belia bermatlamat untuk menyatukan masyarakat sebagai menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin, menggalakkan keamanan, memupuk kesedaran dan melibatkan diri dalam aktiviti pengumpulan dana yang positif untuk semua peringkat umur.

    Aktiviti itu menyaksikan penyertaan daripada ribuan peserta yang sama-sama mengambil bahagian dalam acara berjalan kaki bagi keamanan termasuk ahli-ahli daripada komuniti diplomatik.

    Antara peserta yang ikut serta dalam acara tersebut menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin. – Gambar oleh James Kon

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda