Ibu Pejabat RTB dipindah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) memaklumkan bahawa mulai hari ini (15 Jun), Ibu Pejabat RTB akan berpindah dan beroperasi di alamat baharu iaitu di Bangunan Sekretariat Jalan Elizabeth II, Bandar Seri Begawan.

Pejabat atau bahagian yang beroperasi di alamat baharu tersebut adalah Pejabat Pengarah, Pejabat Timbalan Pengarah (Kemajuan), Bahagian Dasar dan Perancangan (Seksyen Pentadbiran, Seksyen Kewangan, Seksyen Stor dan Perbekalan) dan Bahagian Promosi dan Pemasaran (Seksyen Perhubungan Korporat dan Seksyen Hal Ehwal Antarabangsa).

Pejabat atau bahagian yang masih beroperasi di Jalan Stoney adalah Pejabat Timbalan Pengarah (Operasi), Kejuruteraan (Bahagian Siaran dan Kawalan Saluran serta Bahagian Perkhidmatan Teknikal), Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa serta Bahagian Rancangan Radio dan Bahagian Promosi dan Pemasaran (Seksyen Perdagangan).

Bangunan baharu Ibu Pejabat RTB yang akan digunakan mulai 15 Jun.