Ibu raja Thai demam, batuk

BANGKOK, 23 JULAI – Ibu Raja Thailand Sirikit, 86 tahun, sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerana jangkitan pernafasan.

Biro Keluarga Diraja berkata dalam satu kenyataan semalam beliau dimasukkan ke Hospital Chulalongkorn pada Ahad selepas mengalami demam dan batuk.

Ia berkata keadaannya semakin pulih dengan antibiotik namun beliau masih tinggal di hospital atas nasihat doktornya. Beliau tidak berapa sihat sejak beberapa tahun ini.

Sirikit ialah balu Raja Bhumibol Adulyadej, yang meninggal dunia pada tahun 2016 selepas menaiki takhta selama tujuh abad.

Apabila anak lelaki mereka, Raja Maha Vajiralongkorn ditabalkan pada Mei, Sirikit diberi gelaran rasmi baharu ibu raja. Hari lahirnya pada 12 Ogos dirai sebagai Hari Ibu, cuti umum di Thailand. – AP

Gambar yang dikeluarkan oleh Biro Keluarga Diraja menunjukkan Ratu Thailand Sirikit (tengah) dilawat oleh anaknya Raja Maha Vajiralongkorn dan Puteri Maha Chakri Sirindhorn di Istana Chitralada pada hari lahir Ratu ke-86 di Bangkok, Thailand. – AP