Ibu sanding bersama tiga anak

INDONESIA, 1 MAC – Gambar empat beranak bersanding termasuk ibu mereka mencuri tumpuan ramai warganet apabila ramai penduduk berkongsi foto termasuk video perkahwinan mereka dalam media sosial.

Detik bahagia ibu bersama tiga anak perempuannya bersanding di padang bola sepak di kawasan Ciamis, Jawa Barat, dipercayai berlangsung Selasa lalu.

Eti, 48, bernikah dengan Suparman, 38, adalah ibu kandung kepada Tati Suryati (25) yang berkahwin dengan Irfan Ahmad (35), Tita Sugiarti (23) yang pasangannya Imam (21) serta Resi (19) bersama Udi (24), lapor Kompas.

Detiknews melaporkan, seorang daripada pengantin wani-ta bernama Tati memberitahu, acara persandingan satu keluarga itu diatur sudah lama namun akad nikah masing-masing dilakukan pada hari berbeza.

“Memang takdir juga sudah jodoh datang bersama,” kata Tati.

Katanya, persandingan itu menarik perhatian apabila pelamin diatur berderet panjang sehingga bukan jemputan juga datang menghadiri persandingan empat beranak itu. – Agensi