Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu sertai IS dipenjara 50 bulan

    BAITULMUQADDIS, 21 Mac – Sebuah mahkamah Israel telah menjatuhkan hukuman penjara 50 bulan ke atas seorang wanita Arab kerana menyertai kumpulan pelampau Islamic State (IS).

    Sebuah mahkamah di Haifa telah menjatuhkan hukuman itu ke atas Sabrine Zbeidat, 30, di bandar Arab Sakhnin, hari ini, kerana menyusup masuk ke Syria menerusi Turki bersama suami dan tiga orang anaknya semasa dalam percutian keluarga di Romania pada 2015.

    Perbicaraan itu berkata militan IS membawa rekrut baru ke kubu kuat IS Mosul, Iraq. Zbeidat telah bekerja di sebuah hospital di sana sementara suaminya, Wissam, menjalani latihan tentera dan memerangi IS.

    Keluarga itu akhirnya cuba untuk meninggalkan negara tersebut disebabkan bahaya di Mosul dan kekurangan sekolah. Mereka berulang kali cuba untuk menyeberangi Turki, dan ditangkap di sana selepas mereka berjaya. Pihak berkuasa Turki menghantar mereka ke Israel pada September lalu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda