Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ibu Tangmo Nida dakwa diugut, terima buku pelik

    Belum pun reda menerima takdir kematian anak tersayang, ibu kepada pelakon Thailand, Tangmo Nida iaitu Panida Siriyudthayothin mendedahkan dia turut menerima ugutan daripada individu tidak dikenali.

    Menerusi temu bual bersama media, Panida memberitahu dia menjumpai sebuah buku ‘Metallica’ dengan setiap muka surat dipenuhi perkataan dan contengan yang tidak difahami.

    Kata Panida, buku tersebut dihantar di hadapan rumahnya dan dipercayai merupakan satu bentuk ugutan untuk dia tidak bercakap lebih lanjut mengenai kematian Tangmo.

    “Buku dengan tulisan tidak difahami ini diletakkan di depan pangsapuri saya. Saya percaya ni ugutan untuk saya tidak dedahkan banyak maklumat,” katanya kepada portal Madamemount.

    Sebelum ini, Panida meluahkan rasa sangsi dan tidak percaya bahawa kematian anak kesayangannya itu akibat terjatuh secara tidak sengaja dari bot seperti yang dilaporkan media tempatan.

    Ibu Tangmo terima ugutan supaya tidak bercakap banyak mengenai kematian anaknya. – Agensi

    Panida mempercayai kematian anaknya itu ada kaitan dengan unsur jenayah.

    Kelima-lima sahabat yang berada di bot tersebut telah membuat permohonan maaf kepada Panida di atas kematian anaknya itu.

    Panida bagaimanapun enggan menerima permohonan maaf daripada pengurus Tangmo yang dikenali sebagai Kratik.

    “Saya maafkan Por dan Robert. Tapi untuk Kratik, saya tidak akan dapat memaafkannya. Ada dua orang lagi (Job dan San), saya tidak tahu nak buat apa,” katanya.

    Sementara itu, warganet pula menganggap buku yang dihantar itu bukanlah ugutan, sebaliknya ia daripada individu luar yang mahu memberikan petunjuk terhadap misteri kematian Tangmo Nida yang hangat diperkatakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...