Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Ibu tunggal didenda buat hantaran jelik berhubung majlis solat hajat

-

KUALA LUMPUR, 12 OGOS – Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat berkaitan COVID-19 di Facebook miliknya, dua tahun lepas.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Hong Jia Ming, 34, selaku orang kena saman (OKS) selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan perunding di sebuah syarikat swasta itu menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Wanita itu membayar denda berkenaan.

Sebelum dijatuhkan hukuman, Hong memohon maaf kepada mahkamah atas perbuatannya yang menyinggung perasaan orang lain.

Mengikut pertuduhan, Hong didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik berkenaan menggunakan akaun Facebook “Joyceanne Hong” dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 9:22 malam, 12 Mac 2020. 

Hantaran itu kemudian dibaca di Masjid Muadz Bin Jabal, Wangsa Maju di sini pada 12:41 tengah hari pada 13 Mac 2020. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -