Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Icardi selamatkan Inter

    MILAN, 20 Sept – Kapten pasukan Mauro Icardi menyelamatkan keputusan seri 1-1 bagi Inter Milan di Bologna semalam, sekali gus menamatkan permulaan sempurna pasukannya dalam Serie A musim ini.

    Luciano Spalletti memburu lima kemenangan daripada lima perlawanan tetapi terpaksa berpuas hati dengan hanya mengutip satu mata di Bologna.

    Rembatan jarak jauh Simone Verdi pada separuh masa pertama adalah jaringan bolos kedua Inter sebelum Icardi dengan berperwatakan baru kepala dicukur, mengambil sepakan penalti ketika perlawanan berbaki 13 minit di Stadio Dall’Ara.

    “Kami perlu mendapatkan kelebihan suku jam terakhir perlawanan,” kata Icardi selepas gol keenamnya musim ini. “Kami boleh melakukan sesuatu yang lebih banyak tetapi kami tidak dapat menyudahkannya.

    “Sekarang menentang Genoa (pada Ahad) kami perlu kembali dan menang di laman sendiri. Kami perlu kembali untuk meneruskan kedudukan yang positif.”

    Mauro Icardi (kanan) bersaing untuk menguasai bola dengan pertahanan Bologna dalam aksi Serie A di Stadium Dall’ Ara Comunal di Bologna, kelmarin. – AFP

    Inter muncul sebagai pencabar gelaran kepada pesaing Juventus dan Napoli yang juga mencatatkan mata maksimum selepas empat perlawanan.

    Sekarang dengan 13 mata, Inter berada di kedudukan teratas tetapi Juventus dan Napoli boleh memintas apabila mereka masing-masing menentang Fiorentina dan Lazio hari ini.

    Kemenangan dari Lazio yang berada di tangga keempat, bagaimanapun meletakkan pasukan Roma itu menyamai kutipan mata bersama Inter.

    “Terdapat dua mata yang hilang. Kami akan melihat di mana kesilapan minggu ini,” kata pemain penyerang Inter, Eder.

    “Kami perlu melihat diri kami bukan Napoli dan Juventus. Tujuan kami adalah Liga Juara-Juara dan kami perlu berjuang pada semua kedudukan.”

    Spalletti membuat perubahan kepada pasukan yang mengalahkan Crotone Sabtu lalu dengan menurunkan Yuto Nagatomo untuk menggantikan Dalbert.

    Tetapi Inter menderita babak pertama dengan Icardi gagal mendapatkan hantaran Ivan Perisic sebelum Verdi menjaringkan gol pada minit ke-32.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda