Icardi tamatkan kemarau gol

PARIS, 28 SEPT – Mauro Icardi menamatkan kemarau gol yang panjang selepas menjaringkan dua gol untuk Paris Saint-Germain dalam kemenangan 2-0 Ligue 1 di Reims kelmarin.

Terdahulu, Monaco kekal bertahan selepas menewaskan Strasbourg 3-2 setelah dua orang pemain mereka dibuang pada dan Lille meningkat ke tangga ke-2 selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Nantes.

PSG, yang memulakan kempen musim ini dengan keputusan tewas sebanyak dua kali, menang 2-0 buat kali ketiga berturut-turut dan kini berada di kedudukan ke-7, empat mata di belakang pendahulu liga, Rennes.

“Ia adalah sangat penting untuk penyerang kami menjaringkan gol,” kata Icardi selepas meledak gol buat kali pertama sejak Februari. – AFP

Reaksi penyerang PSG, Mauro Icardi menanduk bola semasa bermain menentang Reims. Icardi menamatkan kemarau gol dengan membantu PSG mencatat kemenangan 2-0. – AFP