Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ICC buka pertuduhan jenayah perang terhadap Rusia

    NEW YORK, 14 MAC – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan membuka dua pertuduhan jenayah perang terhadap Rusia yang dikaitkan dengan pencerobohan terhadap Ukraine, lapor agensi Anadolu memetik laporan New York Times kelmarin.

    Mahkamah yang berpangkalan di Hague akan mendapatkan waran tangkap untuk beberapa warga Rusia yang dituduh menculik kanak-kanak Ukraine dan menyasarkan infrastruktur awam, lapor Times.

    Kes terbabit akan menjadi pertuduhan antarabangsa pertama sejak konflik di Ukraine bermula pada 24 Feb 2022.

    ICC dilaporkan melancarkan siasatan terhadap jenayah perang di Ukraine pada Mac lalu. Bagaimanapun Rusia menafikan tuduhan jenayah perang.

    Waran itu tidak mungkin membawa kepada perbicaraan kerana Moscow tidak tertakluk kepada Statut Rom, iaitu perjanjian yang mewujudkan ICC. – Bernama

    Seorang wanita menyentuh gambar anak lelakinya yang meninggal dunia di Tembok Memori Ukraine dalam Perang Rusia-Ukraine semasa upacara menandakan Hari Sukarelawan di Kyiv. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...