Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ice Sibling: 26 lagi ditahan

    Gambar serahan BKN

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah menangkap 26 lagi individu yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah keluarga yang berkaitan dengan Operasi Ice Sibling yang dijalankan pada Disember 2021.

    Dalam kenyataan BKN hari ini, serbuan telah menyasarkan lima lokasi yang dijalankan secara serentak pada 10 dan 11 Januari di Kampung Lambak Kiri, Kampung Perpindahan Mata-Mata, Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Kampung Terunjing, Kampung Lupak Luas di Daerah Brunei dan Muara dan Jalan Singa Menteri di Daerah Belait.

    Dalam serbuan itu, seramai 21 orang lelaki dan lima perempuan yang berumur antara 20 hingga 54 tahun telah ditangkap.

    Dalam operasi tersebut, BKN telah berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 18 gram, wang tunai berjumlah $288, alat timbangan digital, alat-alat perkakas untuk menghisap dadah dan sebuah kereta.

    Individu-individu yang ditahan merupakan ahli-ahli sindiket yang beperanan sebagai penjual dadah kecil-kecilan atau pusher dadah dan runner kepada ketua sindiket yang telah ditahan pada bulan Disember 2021.

    Dadah yang dirampas semasa Operasi Ice Sibling di lima lokasi.

    Sementara itu, dua orang yang ditahan di Jalan Singa Menteri, Daerah Belait iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan merupakan pengedar yang membekalkan dadah kepada pengguna-pengguna di Daerah Belait.

    Lelaki berkenaan merupakan adik kepada suspek utama Operasi Black Widow yang juga telah ditahan oleh BKN.

    Turut ditahan ialah beberapa individu yang merupakan pelanggan dadah kepada suspek-suspek tersebut.

    Kesemua tangkapan akan disiasat di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 dan Perintah Mendapatkan Kembali Hasil Jenayah 2012.

    Di dalam kesempatan ini, BKN merakamkan ucapan penghargaan kepada agensi-agensi perisikan keselamatan dan penguatkuasaan di negara ini atas bantuan dan kerjasama yang diberikan ke arah menjayakan operasi ini.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...