Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    iCloud Jennie Blackpink digodam, gambar peribadi tular

    Pengguna media sosial kecoh apabila gambar peribadi milik bintang Korea terkenal iaitu Jennie Blackpink tular di media sosial. Menerusi beberapa keping foto yang tersebar itu, salah satu daripadanya mendapat perhatian peminat ialah apabila terdapat gambar yang memperlihatkan V daripada kumpulan BTS mencium bahagian dahi Jennie.

    Gambar tersebut disebarkan menerusi akaun Twitter menggunakan nama ‘gurumiharibo’ termasuk beberapa aksi mesra lain kedua-dua bintang terkenal berkenaan.

    Bagaimanapun, akaun itu telah dinyahaktif selepas gambar tersebut tersebar luas dalam kalangan peminat. Antara gambar lain yang tersebar adalah mereka sedang membuat panggilan video bersama.

    Memetik laporan Allkpop, penyebaran gambar itu mencetuskan kebimbangan peminat dan ramai berpendapat akaun iCloud Jennie telah digodam. Di Twitter, peminat melancarkan kempen ‘Protect Jennie’ bagi menuntut keadilan atas penularan gambar peribadinya.

    Malah mereka turut mendesak syarikat pengurusan artis itu, YG Entertainment dan Big Hit Music agar mengambil tindakan terhadap pelaku.

    Sementara itu, peminat turut membuat spekulasi bahawa kedua-dua bintang terkenal itu mempunyai hubungan istimewa. – Agensi

    Peminat menganggap akaun iCloud Jennie Blackpink digodam apabila gambar peribadinya tular. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...