Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Idris Khan anggap dakwaan langgar kontrak satu fitnah

    Selepas 24 jam didakwa bertindak tidak profesional dengan menarik diri pada saat akhir bagi membintangi sebuah drama, pelakon Idris Khan akhirnya tampil membela diri.

    Menurut Idris, 34, beberapa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya menerusi sidang media yang diadakan oleh penerbit, Datuk A. Aida baru-baru ini adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.

    “Merujuk kepada perkembangan semasa, saya merasa terkejut dan hairan namun begitu adalah wajar bagi saya membuat kenyataan.

    “Atas nasihat peguam, prosiding undang-undang untuk mendedahkan kebenaran akan diteruskan,” katanya.

    Idris berkata demikian menerusi satu kenyataan media yang dikongsi dalam akaun Instagramnya, baru-baru ini.

    Idris Khan tampil membela diri atas beberapa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, baru-baru ini. – Agensi

    Jumaat lalu, A. Aida berkata bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris dan seorang lagi pelakon, Amelia Henderson selepas didakwa menarik diri pada saat akhir daripada membintangi drama Sekali Lagi Cinta tanpa sebarang sebab munasabah terbitan syarikatnya, A. Aida Production (AAP).

    A. Aida dalam sidang media itu menjelaskan terpaksa meneruskan tindakan saman kerana kecewa dengan sikap tidak profesional kedua-dua pelakon itu sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.

    Sementara itu, Idris dalam kenyataan sama memberitahu akan menentang sekeras-kerasnya sebarang bentuk ancaman dan buli dalam masyarakat termasuk dalam industri ini.

    Dakwanya, terdapat segelintir pihak yang menggunakan kedudukan dan kuasa dengan memeras ugut agar mengikut rentak mereka atau menanggung akibatnya.

    “Saya akan melawan penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan ini hingga ke akhirnya.

    “Akhir kata, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa rezeki datang daripada Allah SWT dan bukan datang daripada tangan manusia.

    “Saya tidak akan berdiam diri menghadapi sebarang ancaman yang memperkecilkan peribadi, integriti dan prinsip saya dalam hidup,” ujarnya.

    Tambah Idris pihak yang pernah bekerjasama dan mengenalinya sepanjang terlibat dalam industri lakonan boleh mengesahkan komitmen dan etika kerjanya yang tidak boleh dipertikaikan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...