Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Ifa Raziah buat permohonan maaf secara terbuka

    Penyanyi dan usahawan Ifa Raziah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada individu yang berasa kurang senang dengan perkongsian dan tindakannya di media sosial sehingga menyebabkan dirinya dikecam.

    Ifa atau Saripada Raziah Mustapha, 47, berkata, setiap manusia tidak mampu lari daripada membuat kesilapan dan menyedari kekurangan datang daripada dirinya sendiri.

    Jelas penyanyi lagu Ser Ser Ser itu, permohonan maaf yang dibuat itu juga dilakukan dengan rela hati dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

    “Saya mahu ambil kesempatan ini untuk memohon maaf dan memaafkan kepada siapa yang pernah mengata saya.

    “Sebagai manusia biasa, kita tak lari daripada membuat kesilapan. Insya-Allah saya akan cuba perbaiki diri saya ini untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

    Ifa berkata demikian ketika membuat kemunculan dalam program realiti, Terpaling Juara baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Ifa turut mengakui segala yang berlaku pada dirinya adalah cabaran sebagai seorang anak seni.

    “Saya sudah lali dengan benda ini. Sebagai manusia yang lemah dan buat kesilapan, perkara begini menjadikan kita lebih matang pada masa akan datang. Orang kata asam garam sebagai anak seni,” jelasnya.

    Tidak hanya itu, Ifa turut berjanji akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian di media sosial terutamanya melibatkan kerjayanya sebagai penyanyi dangdut.– Agensi

    Ifa turut mengakui segala yang berlaku pada dirinya adalah cabaran sebagai seorang anak seni. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...