Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ifa Raziah kesal video disunting jadi fitnah

    Penyanyi dan pengacara Ifa Raziah kecewa apabila sebuah video pendek yang memaparkan kenyataannya tentang dijemput menunaikan umrah biarpun belum berhijab tular sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

    Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, video yang tersebar tersebut sudah disunting pihak tidak bertanggungjawab dan menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

    Terdahulu, kenyataan Ifa tentang sudah dijemput menunaikan umrah walaupun belum menutup aurat menerima pelbagai respons termasuk beberapa ustazah.

    Dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu, Ustazah Asma’ Harun menegur kenyataan itu dan berkongsi hukum menutup aurat dan menunaikan umrah.

    Menurut Ustazah Asma’ ramai yang salah faham mengenai keutamaan ini dan menyebabkan perkara wajib (menutup aurat) dilengah-lengahkan sementara yang sunat pula dikejar.

    Ifa kecewa dengan penyebar video sehingga menimbulkan fitnah. – Agensi

    Sementara itu, Ifa menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan berharap semua pihak tidak melaga-lagakan mereka dengan isu tersebut.

    Sementara itu, Ifa berkata, dia tidak berniat untuk mencari individu yang menyebarkan video tersebut kerana tidak mendatangkan sebarang faedah.

    Dia juga yang sudah lali dikecam dan tidak pernah ambil pusing dengan setiap kata-kata negatif kerana percaya perbuatan jahat itu akan dibalas dengan kebaikan terhadap dirinya.

    “Selama saya berada dalam industri, pelbagai kontroversi tentang diri saya sebelum ini. Namun saya tidak pernah ambil pusing kerana saya tahu apa yang saya lakukan.

    “Saya ini bukanlah ustazah. Hanya orang biasa yang sentiasa mahu memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...