Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ifa Raziah tak kisah kena gugur

    Saban minggu tidak lekang daripada kontroversi, akhirnya artis versatil, Ifa Raziah akur menjadi peserta pertama tersingkir daripada program realiti terbitan TV3, Terpaling Juara, Ahad lalu.

    Andai sebelum ini ada sahaja ketidakpuasan disuarakan penyanyi lagu Panas ini, namun kali ini respons Ifa berbeza apabila dia mengakui berlapang dada dengan keputusan juri program terbabit.

    Ifa mendakwa, sejak awal lagi dia dapat menjangka dirinya bakal menjadi ‘mangsa’ pertama tersingkir daripada program realiti itu yang menampilkan bintang ‘otai’ dan bakat baharu bertarung merebut gelaran juara.

    Sebagai artis yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, Ifa yakin penyingkirannya daripada program Terpaling Juara bukanlah pengakhiran kepada kerjaya seninya.

    Sebaliknya, Ifa menganggap ia permulaan baharu dan mahu mengambil positif takdir tertulis dan tidak patah semangat.

    Ifa yakin penyingkirannya daripada program Terpaling Juara bukanlah pengakhiran kepada kerjaya seninya. – Agensi

    “Mungkin perjalanan saya sudah tertulis setakat ini sahaja. Namun, saya percaya rezeki Allah luas, bukan di sini sahaja.

    “Saya bukan baru sehari dua dalam bidang ini. Perkara ini bukan pengakhiran hidup, sebaliknya perjalanan saya baru bermula.

    “Biarlah orang hendak ketawa atau bersorak dengan penyingkiran saya. Apa yang penting, saya masih relevan dalam industri.

    “Saya masih diundang membuat persembahan majlis makan malam, berlakon dan mengacara.

    “Orang yang mengata dan mentertawakan saya, hidup mereka tetap seperti itu sahaja,” katanya.

    Tambah Ifa, dia yakin bukan semua orang membenci dirinya, sebaliknya, beliau percaya ramai peminat masih menyokong tetapi tidak menyatakannya secara terang-terangan.

    Bagaimanapun, Ifa berterima kasih kepada ‘haters’ kerana memberi ‘promosi’ percuma hingga namanya makin dikenali dan diperkatakan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...